MAKLUMAT
Bunga raya (Jawi: بوڠا راي), bunga sepatu, kembang sepatu, kembang uribang atau kembang warawiri (nama botani: Hibiscus rosa-sinensis) ialah spesies tumbuhan berbunga tropika genus Hibiscus dalam suku Hibisceae keluarga Malvaceae. Ia banyak ditanam sebagai tanaman hiasan di kawasan tropika dan subtropika, namun ia bertaburan asalnya di Vanuatu.
KEGUNAAN
Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan beriklim tropika dan separa tropika. Bunganya besar, pelbagai warna hasil kacukkan. Bunganya mempunyai 5 kelopak, gelap ditengah dan mempunyai stigma.
Bunga Raya boleh dihancurkan dalam air dan dicampur dengan air limau nipis menjadi pewarna makanan dan minuman.
Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India. Orang Cina juga menggunakannya untuk tujuan ini secara tradisi atau sebagai pewarna rambut hitam.
Bunga Raya merupakan bunga kebangsaan Malaysia.
VARIASI BUNGA RAYA DI MALAYSIA



No comments:
Post a Comment