-->

Monday, 21 October 2024

TUMBUHAN 'LILIN' HOYA

Hoya adalah tumbuhan berdaun dan berbunga lilin yang pernah popular di Eropah, mempunyai 500 spesies dalam keluarga Apocynaceae . Sebagian besar berasal dari negara tropika Asia seperti Filipina, India, Thailand, Malaysia, Vietnam, Bangladesh, india, Polinesia, Papua, dan banyak spesies juga ditemukan di Australia. Hoya Malaysia berdaun besar berbanding jenis yang lain.







Tumbuhan Hoya jenis tanaman hiasan yang mudah tumbuh dan dijaga.

Sunday, 6 October 2024

JENIS-JENIS BULUH HIASAN

Dengan nama ALLAH yang Maha Pencipta

Terdapat pelbagai jenis buluh diseluruh dunia, ada yang digunakan untuk dijadikan rumah, alatan dan hiasan. Ini adalah jenis-jenis buluh hiasan untuk diletak ditaman, menghargai ciptaan Tuhan dan pandangan yang indah.














Adalah  tangungjawap kita bersama untuk memulihara tumbuh-tumbuhan, termasuk buluh-buluh hiasan yang sukar didapati ini.

Monday, 30 September 2024

CACTUS CAMERON HIGHLAND

Cameron Highland terkenal dengan Cactus dan Succulents. Berikut adalah jenis-jenis tumbuhan tersebut yang terdapat di sana.






Terima Kasih Allah Tuhan Maha Pencipta.

Thursday, 19 September 2024

BUNGA ROS DI NEGARA MALAYSIA

MAKLUMAT

Mawar (Jawi: ‏ماور‎‎) atau ros (Jawi: ‏روس‎‎) merupakan sejenis tumbuhan berbunga digolong dalam genus Rosa keluarga Rosaceae;Tanaman ini berasal dari kawasan subtropika Hemisfera Utara; sebahagian kecil spesies dari Asia Selatan dan sebahagian spesies besar mawar dari tanah besar China dan sebahagian spesies lainnya dari benua Eropah.

Dalam masyarakat tempatan, bunga Ros terbahagi kepada dua Ros Kampung atau dikenali sebagai Mawar dan Ros biasa. Ros Kampung menghasilkan bau bauan yang lebih kuat. Berikut adalah gambar Ros-ros yang ditanam di Cameron Highland.

KEGUNAAN

Kelopak bunga mawar boleh dimakan mentah atau dimasak dalam lauk atau digoreng bersalut tepung.

Kelopak-kelopak ini juga diseduh atau direndam dalam air panas dibuat air mawar.Air mawar banyak digunakan dalam masakan Asia Barat terutamanya dalam membuat halwa, ia bahan biasa dalam minyak wangi.

Najlaa Baby Skincare menggunakan ektraks asli bunga ros dalam menghasilkan beberapa produknya.


JENIS BUNGA RAYA DI MALAYSIA

MAKLUMAT

Bunga raya (Jawi: ‏بوڠا راي‎‎), bunga sepatu, kembang sepatu, kembang uribang atau kembang warawiri (nama botani: Hibiscus rosa-sinensis) ialah spesies tumbuhan berbunga tropika genus Hibiscus dalam suku Hibisceae keluarga Malvaceae. Ia banyak ditanam sebagai tanaman hiasan di kawasan tropika dan subtropika, namun ia bertaburan asalnya di Vanuatu.

KEGUNAAN

Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan beriklim tropika dan separa tropika. Bunganya besar, pelbagai warna hasil kacukkan. Bunganya mempunyai 5 kelopak, gelap ditengah dan mempunyai stigma.

Bunga Raya boleh dihancurkan dalam air dan dicampur dengan air limau nipis menjadi pewarna makanan dan minuman.

Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India. Orang Cina juga menggunakannya untuk tujuan ini secara tradisi atau sebagai pewarna rambut hitam.

Bunga Raya merupakan bunga kebangsaan Malaysia.

VARIASI BUNGA RAYA DI MALAYSIA





Wednesday, 11 September 2024

INFO BULUH, TANAMAN HIASAN

Buluh adalah tergolong dalam kumpulan monokotilidon dari famili Gramineae dalam keluarga rumput-rampai. Buluh tumbuh dalam kawasan beriklim sederhana, separa-tropika. Ia tumbuh subur di kawasan yang terbuka dan bersaliran baik. Buluh boleh didapati dalam 2 bentuk pertumbuhan iaitu monopodial (berbatang tunggal) dan simpodial (berumpun). Keseluruhan buluh di Malaysia tergolong dalam pertumbuhan simpodial.

Adalah dianggarkan terdapat 59 spesies buluh di Semenanjung Malaysia yang terdiri daripada 7 genera iaitu Bambusa, Dendrocalamus, Dinochloa, Racemobamboos, Schizostachyum, Thyrsostachys dan Gigantochloa. Secara keseluruhannya buluh-buluh ini dijadikan sumber pendapatan sampingan dan utama bagi sesetengah penduduk.

Antara kegunaan dan produk yang dihasilkan dari buluh adalah kayu penyepit, perabot, peralatan muzik, pencungkil gigi dan mempunyai rebung yang boleh dimakan. Selain itu buluh juga dijadikan galah, bingkai gambar, pencucuk sate, bahan anyaman, bidai dan kraftangan. Rumpun buluh juga dijadikan landskap di taman-taman rekreasi awam dan kawasan persendirian.


Gambar diatas adalah buluh hiasan di Taman Founder Najlaa, "saya merasakan koleksi Buluh ini adalah tumbuhan unik, apabila disebut Buluh biasanya orang akan terbayangkan pohon buluh yang tinggi-tinggi digunakan untuk membuat lemang atau dinding. Tetapi koleksi buluh renek ini bukan sahaja kecil, memiliki pelbagai warna daun yang sukar dijumpai"