-->

Thursday, 19 September 2024

BUNGA ROS DI NEGARA MALAYSIA

MAKLUMAT

Mawar (Jawi: ‏ماور‎‎) atau ros (Jawi: ‏روس‎‎) merupakan sejenis tumbuhan berbunga digolong dalam genus Rosa keluarga Rosaceae;Tanaman ini berasal dari kawasan subtropika Hemisfera Utara; sebahagian kecil spesies dari Asia Selatan dan sebahagian spesies besar mawar dari tanah besar China dan sebahagian spesies lainnya dari benua Eropah.

Dalam masyarakat tempatan, bunga Ros terbahagi kepada dua Ros Kampung atau dikenali sebagai Mawar dan Ros biasa. Ros Kampung menghasilkan bau bauan yang lebih kuat. Berikut adalah gambar Ros-ros yang ditanam di Cameron Highland.

KEGUNAAN

Kelopak bunga mawar boleh dimakan mentah atau dimasak dalam lauk atau digoreng bersalut tepung.

Kelopak-kelopak ini juga diseduh atau direndam dalam air panas dibuat air mawar.Air mawar banyak digunakan dalam masakan Asia Barat terutamanya dalam membuat halwa, ia bahan biasa dalam minyak wangi.

Najlaa Baby Skincare menggunakan ektraks asli bunga ros dalam menghasilkan beberapa produknya.


No comments:

Post a Comment